Soalan Umum
Bagaimanakah LG Rent-Up beroperasi?
LG Rent-Up beroperasi dengan menyediakan pelanggan dengan pilihan untuk menyewa peralatan rumah melalui program Rent-Up kami. Proses penyewaan melibatkan pemilihan produk yang diingini, memilih tempoh kontrak yang sesuai, dan membuat pembayaran bulanan
Siapakah yang layak untuk mendaftar untuk program Rent-Up ini?
Program penyewaan produk barangan LG terbuka kepada semua individu/korporat yang layak yang memenuhi kriteria kredit yang ditetapkan. Umur yang dibenarkan adalah dari 18-70 tahun.
Apakah produk yang tersedia untuk disewa di bawah program ini?
Perkakas rumah LG Rent-Up tersedia di 10 rangkaian produk LG, termasuk penapis air, penapis udara, penghawa dingin, mesin basuh, dryer, peti sejuk, TV, Sound Bar, Vacuum dan Styler.
Adakah terdapat sebarang bayaran semasa permohonan program penyewaan ini?
Tiada bayaran pendahuluan diperlukan semasa permohonan untuk program penyewaan ini.cDaftar hanya perlu bayar RM1 saja, dan HQ akan refund semula dalam masa 14 hari bekerja.
Bagaimanakah cara saya membuat pembayaran balik bulanan saya?
Anda boleh membayar sewa bulanan anda melalui Autodebit: potongan bulanan daripada Kad Debit/Kredit anda
Bolehkah saya menamatkan kontrak saya dalam tempoh kontrak?
Ya, tertakluk kepada yuran penamatan yang akan dikenakan.
Bolehkah saya memohon lebih dari 1 produk di bawah program Rent Up ini?
Bergantung pada kelayakan kewangan, pelanggan boleh memohon lebih dari 1 unit produk di bawah program LG Rent-Up. Pelanggan boleh memohon sehingga 10 unit sekiranya layak.
Adakah produk itu menjadi milik saya selepas tamat tempoh kontrak?
Produk yang disewa hendaklah bersama pelanggan tanpa bayaran sewa selepas tamat tempoh kontrak. Ianya akan menjadi hak milik pelanggan sepenuhnya.